Monday, April 27, 2009

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2009















Salam semua..Program Mentor Mentee seperti yang GBKSM satu Malaysia maklum, merupakan program yang perlu diadakan di sekolah. Pada tahun ini, SMPKP secara rasminya mempunyai program Mentor Mentee. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Pengetua SMPKP yang tersayang iaitu Puan Noormala bt. Mohamed. Semua guru (Mentor) ada Mentee masing-masing. Setiap bulan, semua Mentor akan menghantar laporan bulanan mengenai perjumpaan bersama Mentee-mentee yang dikasihi. Masa perjumpaan bergantung kepada Mentor, coz saya tahu yang guru-guru SMPKP sibuk dan mempunyai urusan masing-masing. Perjumpaan 1x 1 Bulan pun dah ok.Terima kasih kepada semua guru-guru yang memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang Program Mentor Mentee dijalankan! Salam ketemu lagi...

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR BARU 2009
















Assalamualaikum....actually program ni da lama dijalankan..huhu.Bulan Januari. Pelajar baru tahun ini (2009) kurang sangat. Ntah napa.Kelas tingkatan 1 pun ada 2 je tahun ni 1M dan 1B. Tapi budak-budak 1M pandai2..1B pun ok. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti tahun2 lepas, lawatan sekitar sekolah, taklimat,LDK (GBKSM) yang buat.hehehe...dan lain-lain lagi..Walaubagaimanapun, harapanku hanya satu agar budak2 baru ini akan menjadi modal insan yang bergna kepada negara kelak..Cikgu sayangggggggg kamu semua...Salam

Wednesday, April 22, 2009

ALHAMDULILLAH...

Akhirnya berjaya juga semua pamplete IPTS dan IPTA dikemas. Thanks to Apek sebab telah memberi kerjasama dan akhirnya letter bx berjaya digantung.Gambar tak ada lag, kamera tertinggal di Bilik Kaunseling. Esok saya letak.hehehe..Pasni nak fokus kepada kemaskini faail-fail kaunseling dan sesi. Oh ya, program pun dah nak kena rancang dari sekarang. Kem Bina Insan, Keibubapaan, Minggu anti Dadah, Teknik Menjawab Soalan, Lawatan Kerjaya, Program Restu PMR, SPM dan STPM dan lain-lain lagi..wish me luck!!!Salam, jumpa lagi..

Tuesday, April 21, 2009

AKTIVITI BERSAMA MAJLIS KANAK-KANAK MALAYSIA


Program bersama Majlis Kanak-kanak Malaysia telah dijalankan di Pulau Jerejak Resort & Spa Pulau Pinang. SMPKP rasa bertuah kerana 6 orang murid telah terpilih bagi mewakili murid OKU Pulau Pinang iaitu Syahir, Hafiz, Saifuddin, Affan, Amirah dan Nadirah. GBKSM SMPKP iaitu saya lah, hehehe telah menjadi penterjemah dan guru pengiring untuk anak-anak muridku..banyak aktiviti yang telah djalankan antaranya latihan dalam kumpulan, persembahan kumpulan dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, dapat dilihat tiada jurang pemisah di antara murid OKU dan murid bukan OKU kerana hubungan antara mereka rapat dan tiada prejudis..salam anak-anak khas....

KENANGAN MANIS...




Salam semua..saya tengah rajin tulis blog pula.huhuhu.ok lah, nak share kenangan manis dan penghormatan yang diberikan oleh pihak Bahagian Pendidikan Khas kepasa saya coz dapat menghadiri Persidangan Majlis Guru Kaunseling peringkat Kebangsaan (MGKK) Tahun 2008. Apa-apapun paling best sebab dapat berjumpa Menteri Pelajaran iaitu Dato' Seri Hishamuddin. Beliau memang peramah dan menteri yang 'sporting'. Tapi, sedih coz sekarang beliau bukan lagi Menteri Pelajaran. Persidangan MGKK tersebut telah diadakan di Melaka Trade Centre. Benyak pengetahuan yang diperolehi dan diucapkan terima kasih kepada BPK kerana memberi peluang! Salam....

HARI YANG MEMENATKAN

Salam semua, terutamanya min.hehehe..hari ni cikgu (bahasakan diri cikgu la pulak, tp memang cikgu pun kan, huhuhu)kemas bilik kaunseling. Kelas ganti banyak jugak la coz ramai cikgu tak hadir. Kalau masuk ofis cikgu memang bersepah dengan macam-macam kertas.Insya allah, sok bilik kaunseling SMPKP akan seperti sedia kala.Sok ada aktiviti petang Kelab PRS.Mulalah nak fikir aktiviti apa, tapi TQ Pn. Goh coz beri idea untuk bincang semula tentang aktiviti lawatan ke Muzium Perang hari tu. Daa.......

Monday, April 20, 2009

HARI YANG MENGEJUTKAN...

Salam semua..hari ni datang sekolah dengan penuh semangat.hehehe.maklumlah baru lepas cuti dan dapat rehat sepenuhnya di rumah sewa.Ok, hari ni nak cerita tentang perara yang mengejutkan. Tapi tak terkejut sangat.hehehe...Perhimpunan sampai 8.30am..macam2 isu hari ni. almari di bilik guru dan stok.Sampai bilik kaunseling macam biasa duduk rehat sekejap je. Then panggil klien. Klien ni pelajar perempuan. Kadang kala terfikir kenapa budak2 I ni macam ni. Tapi lumrah manusia..ingin dicintai, mencintai, dibelai dan membelai...hehehe...tapi hari ini lega dapat buat sesi dengan 2 orang budak I ni. at least niat I untuk mengubah mereka sebab kedua-dua budak I ni ada potensi..Then pas wat sesi, g ofis untuk selesaikan pembelian. Duit kaunseling setakat ni masih ada lagi RM4k lagi. cadang nak beli sofa L. Tapi hari tu dah cari dengan Ziana, mahallllll...kena cari tempat lain lagi pasni nampaknya...Kalau boleh nak jadikan bilik kaunseling SMPKP contoh bilik yang terapeutik untuk budak2 SMPKP tersayang...sistem fail masih lagi dalam proses penambahbaikan.walaupun budak tak sampai 200 orang tapi kerja yan nak dibuat terutamanya kerja2 pengurusan dan pentadbiran mengalahkan ketua jabatan kerja raya...hehehe.kenapa lak JKR?Pamplete2 universiti2, kolej2 dan lain-lain lagi pun baru nak dikemas...harap dapat siap dalam minggu ni...sampai di sini sahaja, ingat pesan Umi (Gelaran yang diberi kepada Pengetua SMPKP yang sangat berdedikasi, Cikgu Ijan yang beri tau) "Teruskan usaha untuk anak-anak khas kita". Insya allah Umi...DEMI ANAK-ANAK KHAS

Friday, April 17, 2009

TERIMA KASIH ANAKKU MIN...


Salam untuk semua. Saya Noor Faradzillah bt. Abd. Rahim dan saya merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (SMPKP). Ni merupakan blog pertama saya. Terima kasih kepada anak murid ku yang disayangi Muhd. Muhaimin Syafiq bekas pelajar SMPKP yang kreatif dan pandai buat blog.TQ anakku Min. Cikgu sentiasa ingat dan sayang Min..OK, jumpa lagi..salam....